Saturday, July 21, 2012

oVerDue?

Salam Ramadhan semua..

hari nie 21 July 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433H..
alhamdulillah diberi peluang bertemu Ramadhan sekali lagi..
ingatkan da tak dapat nak rasa berpuasa tahun nie..
tapi 'baby' kasi peluang.kasi extend atleast 4 hari untuk ibu berpuasa..
alhamdulillah..but at the same time rasa nervous n tak sabar nak jumpa baby..
sepatutnya baby di jangka keluar 19 July 2012..tapi sampai hari nie baby masih bersukaria dalam perut ibu..

pheeewwww~baby buat ibu cuak bila ibu kena paksa serah diri kat spital khamis haritu.kebetulan khamis check up,doc refer suro admit wad."serah diri' katanya..
da start takot + confius.nak deliver baby kat mana ni.sebab rancangan awal kat Putra Medical Centre, Kedah.Tapi bila mak cakap susah la da nak puasa, jauh la n apa2 je lagi,kami decide nak pergi dulu wad bersalin.
kalu boley aku nak excuse sbb belom ada rasa sakit/turun tanda..
tanak la paksa2 baby kuar sebab Allah da tentukan tarikh nya..myb ada salah kiraan tarikh sebab period aku mmg tak pernah betoi..

ok,lastly kami decide pegi je dulu wad bersalin hospital gomen..aku naik sendiri masuk wad sebab parking takde,so huzaifah melilau cari parking..
takot.Tuhan ja yang tahu..Alhamdulillah time tunggu turn nak check,kawan sekolah aku Dr. Ida muncul..cam nak lompat aku.last2 dia amik kes aku..
dengan ikhlas aku cakap aku tanak kena admit.pleaseeee..ok,dia cakap kalu checkup semua ok,kasi extend lagi seminggu.suka suka suka!!
memula check carta gerak baby.tatahu napa aku nervous sampai berpeluh2.Last2 kena masukkan oksigen kat hidung.cam sesak nafas tetiba..adeh,isau!
baby gerak ok,carta gerakkan baby cun!
then scan baby..position baby ok, air ketuban cukup, berat baby +- 3.4kg.
Last Dr Ida minta nak check bukaan..adoi! tue yang aku takot. Malu tak yah cakap la kan..hihi
ok, for good aku kasi.tp MALU kot.kawan sendiri kan..
Pejam mata jer la..

Actually,  6 July lepas aku da rasa kesakitan seolah2 baby da nak kuar.terus g PMC.perkara yg sama bila doc check baby belom ready nak kuar..FALSE ALARM rupanya..
Maksudnya da 2 kali aku merasakan cuak..

Baby, buat ibu takot tau..k main cak cak ngan ibu ya..tamau buat lagi na.kali nie, ibu tunggu bila baby da betoi2 nak kuar ok??



Saturday, July 14, 2012

mummy 2 be!

phewww...memang kental aku.da brapa lama tak jenguk belog.ntah malas sangat sejak2 berbadan dua.sangat.sangat sangat malas..sebabnya aku lg suka luangkan masa untuk tido.yess!asal ada masa terluang ja aku lelap..mungkin ter'psycho' dengan kenyataan ibu ngandung perlu tdo yang cukup.hahaha..layankan jer la mata nak tdo. sejak2 ngandung lunch hour wajib balik rumah jumpa katil..eventho sejam jer..

badan da tak sekuat dulu.cuba untuk kuat, tp tak kuat mana pun.nak jalan laju pun tak bley, tambah nak berlari..

hidung mengembang mekar seperti jambu air..

kaki membengkak seperti gajah..

badan membesar bagaikan johan.johan yang gemup!

bontot?jangan dicakap la..mantooopp!hahahha.. ;p

pusat?semestinya tersembul bagaikan mata yang tersembul terkejut tengok ular!

baju seluar semuanya seperti mengecik..#stress sangat bila pagi2 nak g kerja..serba serbi tak kena. ditambah mulut orang sekeliling yang cita2 sejak kecil nak jd pereka fesyen/pengkritik fesyen.rimas!

segalanya berubah..memula stress sangat.lama2 da rasa biaa dan pekakkan telinga.eventho kadang2 mulut ni terlepas jugak kata2 pedih.sorry..

pejam celik, hari nie da 39weeks da preggy.cam tak percaya...cam baru semalam dapat tahu yang preggy. syabas! tiada alahan dan muntah yang dialami.mula2 tu teringin nak rasa loya2 muntah2 cm orang lain..hihihi.. alhamdulillah, aku dan baby kuat lawan itu semua. cuma alergik bau lemon saja..anything about lemon! yucks!!

susah nak himpun cerita 39minggu dalam 1 entry.

banyak pengalaman..lagi 1 minggu berubah lg pengalaman baru. ho0o0o0o0oreyyy! im a mummy to be!

Sunday, March 11, 2012

buku merah punya ceritera~

hahaha last entry baru ckp 'mintak2 buku merah belom luput"..ok lah, da check semua, en hasben nya tarikh luput 7 Oct 2013..belek2 buku merah aku skali 12 April 2012.aku senyum..humm nasib sempat lagi (dalam hati, selamat la RM100 kan..) skali rajin plak nak baca PERHATIAN kat bahagian blakang buku merah..skali.......................

buku merah

" PASPORT INI SAH DIGUNAKAN MENGIKUT TEMPOH SAH LAKU YANG DILULUSKAN. TEMPOH SAH LAKU PASPORT HENDAKLAH TIDAK KURANG 6 BULAN SEBELUM MEMBUAT PERJALANAN KE LUAR NEGARA"

ohmai!! terbeliak mata aku! maksudnya apa???sah2 la pasport da expired!!! macam mana boleh tak tahu? nasib tergerak hati nak baca.mmg aku tak penah tahu sbb tak slalu pun nak pakai buku merah ni.. alaaaa...acane? aku da start gelabah da. terpikir macam2. ntah2 nama aku disenarai hitam untuk ke luar negara.lagi punah harapan!!

nak check online aku takot naik alert kat ptptn nama aku..bikin cuak la!

smpai la pagi td aku berani diri nak check...sekali.............

ok, masukkan num ic..getaq~
"nama anda TIDAK disenarai hitamkan..phewwww! lega aihhhhh... esok jugak aku pi buat.kalau ikutkan hati, nak pi buat kat Alor Star ja arini takot esok ptptn wat khianat senaraikan nama aku.kehkekeh... *gini la nasib orang bersalah tak bayar ptptn!

Wednesday, February 29, 2012

bagaikan bidadari~

acecece..tajuk! humpphh..tak yah verangan sangat..saya bukannya bagaikan bidadari..saya sekarang bagaikan nangka! yesss!itula yang sebetulnya... kihkihkih..masuk minggu nie da cukup 20 weeks..sekejap je kot!! perut da semakin ke depan.muka bagai di pam2..pinggang da sambung dengan badan + bontot.tak cam nangka ke cemgitu??

perubahan2 yg akan berlaku...jeng2..~

tp it's okay..i'm HAPPY..untuk baby, apa saja untukmu syayg~ ibu janji yang terbaik.biarla tade shape pun..biarla hip dont lie pun..tak kisah asalkan baby sehat..

ekceli da tak sabar nak rasa baby's 1'st KICK! doc cakap lain orang lain masanya..lain perut lain tebalnya..kehkeh..anak 1'st doc cakap 20 weeks ke atas..mayb perut saya 'TEBEL' semacam kot..

harap baby sehat2 ajo..sebab MAC penuh dengan VACATION!! owh i love it! cepatla MAC datang....

*buku merah make sure belom LUPUT! tak sabor!

Thursday, February 9, 2012

sekarang baru 28, nak tunggu lagi 32! ayark!!

cer teka apakah maksud tajuk di atas??sapa betul kita lanjer Daim 2 bijik.hihihi..

ia adalah berkenaan umur..ada apa dengan 28?? ada apa pula dengan 32?konfius jap.hihi.. maksudnya di sini, umur sekarang baru 28 tahun..aku da kerja dalam gomen lebih kurang 2 tahun 3 bulan..cam baru ja lagi tapi da agak boring nak ngadap kerja..apa kes?? perasaan malas menebal kowt!

bulan lepas baru ja sign SPBA untuk pencen umur 60 tahun.maksudnya apa?? maksudnya dok ada 32 tahun lagi nak pencen...diulang..32TAHUN lagi kak oi...lebih dari umur skang..gila tak?ke biasa2 jer?kehkehkeh..

syian kan kanak kanak ribena yang baru grad.mereka2 nak kerja apakah kalu kita dalam gomen lama2? maksudnya posisi skang kalu nak cuba kerja di Majlis ni kena la tunggu lagi 32 tahun baru ada kosong.itu pun kalau umur aku panjang la kan...alololo syian mereka mereka..

rasa cam nak benti kerja.nak buat apa yang kita suka.tp apa nak buat?? nak berniaga modal pun tarak! jd kesimpulannya, bekerjalah anda sehingga berumur 60 tahun..selamat maju jaya! #huarggghhhhhh~

Wednesday, February 8, 2012

NAK! tapi....huks T_T

salam..

da lama tak hapdate belog.dari status pengantin baru, skang da bertukar status mummy to be dah..lama kan? ekceli aku nak ja hapdate belog hari2.TAPI..... aku rasa langsung tak semangat bila apa yang aku post takder orang nak komen.maksudnya apaaa?? tade orang baca eh?ke ada orang baca tp tanak komen? ke aku syok sorang2? alahai... kalu penat2 mengarang tp no respon, baik tak payah kan kan?

oklah.majuk jap.nanti kalu tak majuk,kita hapdate lagi.OKBAI!


Sunday, October 30, 2011

basi punya story..adhaku kesyah II

hari ini hari ahad.so aku mempunyai banyak masa terluang sebab weekend jer aku jd housewife sepenuh masa di langkawi.why langkawi??hihi lepas kahwen aku ngan hasben adalah weekend hasben n wife.so sabtu ahad jer la dapat berasmaradana.huahuahua..lg pun hasben kerja sabtu ahad.so aku kat sana mmg seperti bercuti sebab aku boley sesuka hati g jejalan pelusuk langkawi sebab FIL kasi kereta khas untuk aku.muahaha..kereta idaman.cik CITY.ok lah, tak dapat beli sendiri,tumpang kereta FIL jer la...

oleh yang demikian,sabtu ahad adalah masa terbaik untuk hapdate belog.yeay! jum kita tgk lovestory versi II..

sabtu:: kenduri seblah rumah aku.cam biasa sangat meriah dengan gelak tawa orang2 kampung yang datang merewang..terasa kenduri sangat.hihihiseawal jam 9 aku da syiap nak g make up..jd pengantin sememangnya takkan penah cukup tido.serius cakap.serabut tahap gaban n mata kompom gabak.cam aku, semuanya sendiri dari hantaran, hiasan bilik, bunga telur dan hadiah untuk VVIP.semua tu buat sendiri ok..seawal 2 bulan start buat sikit2 dengan mak..kami memang gigih! jom la layan pic~


pwincess in da making..ngeh3

ada toyol kat blakang...anda nampak? ;p

hampir syiap...ngah pakai crown~

tadaaa...da syiap da.niela makeup artist saya..Noura

our banting...ngeee :D

sekitar bilik pengantin..nampak tak bunga telur seblah kiri tu..buat sendiri tahu!

bff pillowtalk saya..eza2odette a.k.a owner belibelahshawl!

hang Tuah da sampai dah..amboi senyum lebaq haih....

isteri mithali..baik tak baik tak?

pengantin diarak..pakpungpakpung

family mertua..<3

pengepit setia saya..bff till die! tunggu turn dia pulak!

sexsaited sbb nak makan..laparuddin angat~

decoration by me n cae~

geng meronggeng time memuda dulu..thanks sbb datang!

ouch..apahal aku nak buat muka cemgitu.motiff!
mia familia saya
syian geng2 MPK terpaksa pakai uniform sbb time2 nie la jugak PM nak datang perlis...haishh~

inilah buah hati saya...kiri is taken.tengah tu sah2 la taken..yang kanan tue not available!hihihi

cer teka apakah ini?kuih tat yg sangat ohsem!sedap ..raya pastri tue pun ada lg..syayg n tatahu nak buat apa..kasi semut gigit sesikit hari2..hihi
idaman hati!bau Chloe mmg ngairah!
handbag,purse n wedges~da pakai kecuali wedges tue...tunggu raya lah..

sireh junjung adat orang Melayu.Wajib!
Kek owen.#kaki cameraman la pulok!hihi
buah anggur hitam

the lord of the rings~
outdorr time!mmg impian nak outdoor di kawasan pokok buluh..ptg tu jugakcari port.the owner sangat sporting~makasih pakcik...
landing atas tanah..penuh tahi cacing..korang pernah tgk tahi cacing??hihi
opppss!terpeluk pulak..kanak2 jangan tengok plss!
i love this pix..spontan!
sooosweet.kan kan?hihihi..
ngah syok2 posing skali hujan..berterabur berlari semua..
lepas seploh minit hujan, nampak matahari..sangat besh keadaan itu pun.adoi.ter..hihihi
my syayams..nenah n nonet
aksi lagi..alololo..
lg aksi cam comel la konon..
maap..tertinggal td..inilah dayang2saya.mereka sangat teruja.katanya di KL tader menda2 cemgini.."wahhh lama tak nampak lintahhh.."ayat lawak petang tue..sampai skang jd bahan..
inilah buah hati saya..sangat sedey cerita si robin.hantar kat kedai jaga haiwan.tp sangat menyayat hari sbb dia diletakkan dengan kucing2 sakit.malam akad tue, tak ley tdo aku.syian robin.tak penah jauh dari aku.tdo pun sesama..time hantar robin marah sangat.sampai aku panggil dia pun dia tak toleh..ibu mintak maaf syayg...plan nak tinggal 3 hari, tp lepas outdoor, terus aku g amik.tak tahan!

abis kenduri seblah rumah aku..next entri pasal persiapan untuk majlis resepsi pula..owh lagi serabut n disaster!!!