Thursday, July 15, 2010

1st vacation~obersea!_SIRI 2

hadoi lembab spenda bebenor la nak hapdate.sangat busy sebab next week ada audit dalaman.Segala fail berterabur lagi disamping entah mana2 surat keluar masuj..apa nak jd?teruk2! paling perit bila fail meja tak siap2.napa wujudnya fail meja nie??sapakah yang pandai sangat wat fail meja nie..perlu ker??PERLU! jika anda pekerja kerajaan ok! hmmm..ok!sya turuti..baheklah... :p tapi..no tapi2 lagi.buat jer..chaiyok!

nak citer pun tak besh..cuba jugak sbb tak abis lagi cerita ke Bandug, minggu lepas aku ke Hadyai + Songkla pulak..so selagi cerita Bandung lom settle, tak besh nak langkah bendul..haiish, da mengarut da nie.ok stop it!

2nd day at Bandung..

Cam biasa bangun sangat awal sbb di sana awal sejam dari jam malaysia.Kul 6 bangun untuk solat subuh, sudah cerah..huhu, yang penting niat kan..awal pagi da bangun sebab destinasi hari nie adalah PASAR BARU. syurga ok! Kami sememangnya gigih sebab setibanya di Pasar Baru, kedai masih tertutup rapat. Masih tak buka lagi..SEMANGAT! Pasar Baru nie mmg tempat wajib.Memang kalu pg Bandung, tak pg PB nie sememangnya RUGI..diulang..RUGI! sebab suma benda di sini murah dan berbaloi baloi..sampai juling biji mata nak pilih barang..segala mak nenek ada.. kebaya + kurung moden (sememangnya murah gila..),telekung, kain cotton (ini memang besh gila nak mampos sbb murah dan banyak pilihan), baju kawen (aku tak berminat..sbb belom masanya lagi kot.ntah..), swimming suit (murah gila!!!) hmm apa lagi a..segala suma benda la.TAPI AWAS!! iya sangat tak sesuai untuk kaum ADAM! pasti bosan kalu lelaki ikot..dan kita kaum HAWA akan bosan lelaki ikot sebab diorang akan bosan + tak sanggup nak layan kita..so tinggal mereka di hotel kalu boleh! *pesanan penaja. kecuali la kaum ADAM sanggup jiwa raga..tp slalunya tak la kot..huhuhu~

Jangan tak tahu, kami di PB seharian suntuk! Bayangkan kami sampai kedai belom buka, kami keluar dr PB setelah kedai mahu tutup!! sampai lift n esclator pun da off..haa penangan PB memang besh..berbeg2 kami shopping.sampai terpaksa beli beg besar tambahan sbb tak cukup tangan nak galas..wahh, mmg shopping tak hengat! aku rasa cam puasa sbb kami da tak endah nak makan.tak rasa lapar pun.haa skali tgk jam da 6 petang..sangat penat + sakit kaki.dengan kasut putus lagi..hmmm, tak kesah pun.hihihi. Keluar ja dari PB, da gelap.da maghrib.owh..sangat tak perasan bila dalam tue..kami pun menapak lebey kurang 1.5km nak sampai satu kedai makan. Makanan Padang..maka bermula la perjalanan liku2 sebab jalan sangat jem.cam KL la jugak..time2 balik kerja..nasib kami tak amik teksi..kalu tak mesti mahal..jalan pun jalan jer la..layaaannn~

ha..mula rabun atau lebih tepat da buta
mata nak pilih kain.kat sini banyak sangat kain cotton
okeh, da ilang sket energy.duduk rehat jap nak charge.hihihi
haaa hambek ko!amaran!kami tak makan semua pun.kat sini memang dia hidang suma lauk pauk.so pilih mana yg berkenan di hati sahaja ok!tamo tamak2.. ;p

okeh, inilah kasut yang tak kenal dek untung."kasut, dalam banyak2 sya pilih kamu ke oversea.TAPI kenapa wat hal???sedey la ngan kamu!" hihihi~

da isi perut, terus serbu Factory Outlet..memang banyak, sepanjang jalan ada FO.baju, seluar suma ada..branded tp not sure original ker tak..kena pandai pilih la..nasib la kaki nie larat lagi nak jalan2.Next stop rumah MODE.waaa sangat cantik! salah satu FO yang cantik landskap dia..harga ok.tak mahal pun.standard ja suma..Rumah MODE wajib singgah!kami gigih masuk keluar setiap FO di sepanjang jalan Riau..hampir semua FO kami lawat..owh, sangat letih! (@_@) setelah kehabisan tenaga, kami dipaksa kaki untuk pulang..kaki nangis2 mintak rehat..ok2, kami akur..kami pulang..hihihi~

wajib datang ok!!

sila lihat di keliling kami..huh! abaikan kami pun tak per..ngeh2..plastik sana sini situ..

di hening pagi di hari ke3~ awal bangun!semangat tak penah luntur! bagooos anak mak!!

alamak!kerana terlalu lama aku asik hold2 entry nie, akhirnya lupa segala menda nak cerita..alaaa..otak da mula malas nak berfikir..ya ampun! tamo marah na na..hihihi~ok2, pujuk dengan hadiah mau??heee.. ;) layan gambar2 ok.mayb dari gambar akan ingat sket2 apa nak cerita..ngeeeeeee ;p

hotel kami!sangat besh..cantik kan kan??

ok2..da berjaya ingat sket2..hari ni kami ke FO lagi.tapi jangan tanya ke Jalan mana sebab memang da tak ingat langsung!ampun ya kawan2..kat sini aku da takder nak beli apa2..hari ke 3 adalah misi mencari hadiah pada orang2 tersayang..adeh, payah kan nak cari hadiah untuk orang..ntah diorang suka,entah tidak, bila kuar ja 1 FO ni, ada mamat indon serbu..wahhhh!! oil panting!! suka2!!terus aku melepek tepi tangga tue ha..hihi.sangat cantik.oil panting nie limited.maksudnya tade sama..kalu ada pun iras2 jer la..murah sangat..kalu tak salah satu rm10.okey, bungkuskan saya 4!heheheh..

Lepas menjelajah segala pelusuk FO, kami kembali ke PASAR BARU!! skali lg.adoi..tak abis2 lagi nak shopping!cam biasa, kami menjadi antara insan2 terakhir keluar dr PB.herm, sila amik kerakyatan PASAR BARU plsss..ngeh3.. skali lg kami mamam di KARAMBA.satu2nya bistro yang kena ngan selera kami..tapi kali ni kami cuba menu lain.pun tak ingat nama nasi kami makan e2..hihihi.. da isi perot, jalan smula..inilah saat terakhir nak jalan pun sebab esok kul 3 pagi malaysia da nak gerak g airport!penatttttttt~

ok, cakap ja nak shopping untuk orang2 tersayang,tapi terselit jua hadiah untuk diri sendri..apo nak di kata..hihihi~
very the unusual! *angkat ibu jari!

okeh, selesai sudah perjalan 4 hari 3 malam di bandung!memang pengalaman yang besh!lagi besh kalu ada orang bawakkan segala mak nenek beg shopping.hihihi~sya mahu ke sana lagi!!!! oh ya, nak tahu sesuatu??shhhh..bukan nak bangga tp saya memang suka! semenjak di Bandung, sya tak selera makan.terbawa2 sampai di Malaysia.dalam masa 2 minggu sya berjaya menurun sebanyak 5 kilo!!! tp di tambah dengan jogging setiap petang di denai larian..hihihi~ kesimpulannya, nak kurus sila ke BANDUNG!hihihi..

p.s:sya akan ke sana lagi ketika sya mahu berkahwin nanti..nanti la......

3 comments:

working mom... said...

yesss...PB mmg terbaik wooo!...rumah mode pon malatopss!..hehehehe
dan peringatan : sila bawa duit byk2 sbb peniaga2 di sana sgt pandai memujuk..." belanja lg ya ibuk..!" hehehehh

psst : bila kamu mau kawin??..heheheh

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

sonok kot pi bandung..
i pon de plan ngn membe2 nk pegi..

pasport sume da de.juz mase je xde..
huhu..


visit my latest entry..
TOYOL
n selamar meramaikan pengikut i ye!
tq!

http://www.owlkieranaa.blogspot.com..

FATIN MRAZ said...

salam ziarah..