Monday, February 28, 2011

belated bufday celebration~

HAPPY TWENTYSEVEN'S BUFDAY SYAYG~
syian dubak mucup sorang tue..da seminggu belated bufday dia.disebabkab terlalu bz 7 hari seminggu, 24 jam sehari, maka terpaksa la tangguh..tak per, sya mmg penyabar orangnya..after about 3 weeks tak jumpa, skali dia polang.kita plak yang terkejut..apadaa..2 hari pun da cukup wat aku tersengeh sendri..haks! ;))

balik pon kebizian jugak!dia tepaksa attend CIDB nyer class..sabo jer lah!so malam semalam dapat selebret beidei si incik tunang..but no present.gtau awal2 lg..da besar gedabak pun..tunggu july lah i kasi adiah terbaikk punya.. toink..toinkk..toinkk.. ;)

disebabkan tiada lg tempat yang privacy sangat di perlis nieh, pizza hut lah jawapannya..not bad, ok wut kan?tak bising dengan hingar bingar..mahu jugak romantika d amour..ala,bila lgi, kan susah bebeno nak dating..ok, jangan jeles pewiiisshh~ ;p

meh jamu mata layan kerenah budak dua orang nie..umur da 27 kot..tp kami still young!! untuk dak mucup,happy bufday syayg..last bufday as bachelor tau! *wink*wink*

 see..tak pernah nak wat muka gagah!macam2 aksi.penat layan..
 aku pun sama jer dia ckap..hahaha.#okbai!
tak cukup dengan itu!ada lagi aksi terlarang..haishh!!
last kopek! 2 of us~ lebiu n of coz misyuh like a G6.hahahah..

Thursday, February 24, 2011

DEALOVA KE PAVLOVA NIEH??HUMM....

korang da tgk you tube kat bawah tue..haa...jeng3..serius tak penah dengar seblum nie..samalam adalah pertama kalinya seumur hidup dengar nama makanan nieh.nama cam syedap..so arini mai opis, tryla google2..wahhh ini ke namanya PAVLOVA? apa benda nieh??

jum share info sket..#jap, nak google jap...

terus cari resipi cainer nak buat menda alah ini.cam syedap ok!! ingat nak try wekwen nieh..bahan bahan pun cam senang nak jumpa..cer terai cer terai..hahahah..

"The Pavlova dessert was first created in the early 1930s in honor of the ballerina Anna Pavlova, a Russian ballerina, the most celebrated dancer of her time.
In the "Good Food Guide" to British Isles restaurants in 1977, a glossary of food terms referred to the Pavlova as a New Zealand offering, which changed the next year to Australian. Hilary Fawcett, who compiled the glossary, wrote about the change: "There does seem to be some controversy as to whether the wretched thing originated in New Zealand or Australia and I was reduced to doing a straw-vote count."

About Anna Pavlova
born Jan. 31, 1881, St. Petersburg, Russia
died Jan. 23, 1931, The Hague, Netherlands.
Pavlova studied at the Imperial School of Ballet at the Mariinsky Theatre from 1891, joined the Imperial Ballet in 1899, and became a prima ballerina in 1906. In 1909 she went to Paris on the historic tour of the Ballets Russes. After 1913 she danced independently with her own company throughout the world

jom share pic pavlova..mayb korang da penah rasa, tengok atau da terai sendri kat umah kan..tp aku adalah orang yang lambat tertinggal tren pasal pavlova nie..ngeh3.. 



 ekhems..syedap bukan??cer terai..cer terai..nyummy~

How to make pavlova

jom melabur!

pagi2 try click FB skali boleh bukak..belum di block agaknya..yeay!! skali terbaca note ni dari page aan.jum share together-gether jom!

Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.

Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.

Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur.

Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.

Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri

Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server'  di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah

Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.

Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti.

Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.

Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.

Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"

Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".
  
Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.
Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.

Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.
Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.

Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.

Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.
Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.

Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.

Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.

Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.

Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam.


Wednesday, February 23, 2011

humm..buat masa nie aku dok relax2 lag..adeh, nak relax, pi shopping complex a kan??hihi..nak start wat yang mana dulu pun aku kompius..haiyayaya..biasalakan, bila benda tu lambat lagi, malas nak penin2 nak pikir..bila da last2 minit, kaki tangan suma tak cukup..bila ntah nak insaf.. ;)

google punya google, banyak rupanya tips2 untuk bakal pengantin.malas ngan tak malas nak google ja..google2 dapat info ini. jum share sesama pada bakal2 pengantin~

Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu malancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yand disediakan oleh BakalPengantin.com

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
daripada banyak2 nie, cuma berapa kerat ja yang dah dibuat..adeh, tension2 gila aku! ok2, jangan stress2.nanti muka berkedut.relax.tarik napas dalam cuci paru2.hahahahah...

*yang penting da dapat sijil kahwin.* eh eh, motif! verangan ok!! sijil pra perkahwinan ler... ;p

Monday, February 21, 2011

kita bila pulak?Subhanallah...

getaq badan dapat msg semalam..baru ngah rancang2 nak pg melawat hari nie.skali dapat berita sudah meninggal..Innalillah..diam..terdiam terus dapat msg tue.antara sedar atau separuh sedar..seperti tak boleh terima.berkali2 aku mengucap...Ya Allah...bila pulak agaknya giliran aku..hmmmm...

baru balik dari ziarah..shakila.kawan sekelas time tingkatan 3, ex-dermarian dulu..orangnya kecik molek, baik.. ternyata Allah lebih menyanyanginya...redha dengan pemergiannya..nasib aku baik sebab sampai2 saja, arwah tengah dikapankan..sempat aku tatap muka arwah..subhanallah..aku tak tau nak cakap apa..

arwah masuk spital 3 hari ja..sakit2, demam2 kemudian dimasukkan ICU.samalam dengar dia masih ok, skali dapat msg arwah da takda..Besar kuasa Tuhan..apa yang aku mampu, berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat..ditempatkan disisi orang2 yang beriman..

cuma aku simpati.simpati dengan boifren dia..sma2 sekolah, ex-dermarian.da lama diaorang kenal.sama macam aku ngan huzaifah..Ya Allah, aku tak mampu nak hadapi suma ini kalu aku ditempatnya..tak sanggup..

Al-Fatihah.. :(

insaflah wahai sekalian manusia..same goes to me..