Sunday, June 19, 2011

hapdate checklist saya!

jom semak semula checklist saya::tinggal sebulan lebey sket jer lagi..apa yg lom komplet eh?

 12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN -sepatutnya da setel..tp..ada gak yg still lom setel!

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan - da tetap da tarikhnya
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan -gotong royong kampung jer..lg meriah!
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan - temanya gold biru +silver grey!
  • Mengaturkan bajet - bajet asik naik jer!grrrrrr!
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda - sya undi NORA..nyah ok.tp dia sangat baik!
  • Mengumpul nama tetamu - on going..banyak jugak kenalan!lgpun 1st kenduri..
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan -saya punya sudah..dia punya still searching lg!
  • Memilih kek pengantin - ngah penin samada secret recipe o founden.. -da decide.untuk hantaran cuppies dan kek pengan adalah SR!
  • Memesan cenderahati untuk tetamu - benda yang paling aku penin..VVIP,orang kampung..kengkawan..nak kasi apa nieh???  -da setel td...da beli gegula dan keperek..legaa~
#untuk checklist ini nampaknya semua dah settle..mmg patut da settle dr 12 bulan yang lepas kot!

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).-da setel separuh..ngeh3...baju akad n majlis rumah saya da setel..tinggal baju bertandang jer lom setel...huks! T__________T -da settle.da try dan tunggu last fitting jer!! yaho0o0o0o0o~
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)- da setel bab nieh..kek je ngah kompius..this week jugak setelkan! - settle segalanya!
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam-borang da isi.tinggal nak wat HIV test then antar borang! -settle kesemuanya walaupun 2x kena pg pejabat agama sbb aku keciciran ic.demmm!
  • Menghubungi saksi pernikahan-setel! pakteh n pak ndak!!
  • Membuat rawatan ke spa-BELOM sempat!!!!!
#untuk checklist nieh tinggal SPA jer belom.ntah bila nak pg ntah...haissshh!

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu -sudah!
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis - abah tak kata lg nak ke tanak DJ..
  • Merencanakan bulan madu-sedeyh..sbb kenduri 1 week b4 puasa..so kena tangguh ler dulu..#okbai! -RANCANGAN SUDAH TUKAR! TIKET DA BOOKED!HOYEAHHHHHH~
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh- belum sure siapa nak datang...tp agak2 tue cam ramai nak datang..insyallah! -sudah ada tempat cuma nak last comfirmation berapa orang~
  • Memastikan rawatan spa secara intensif-BELOM laaaaa
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap-bunga telurnya sudah..beli jer..cenderahati jer tatahu lg apakah nak kasi.. -Bunga telur buat sendiri ok!! sangat gigih tahu!
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan-da try..kena kuruskan badan lg la....T_____________T - da try..yess still nak kuruskan badan lagi!!!!
#untuk checklist ini, ada 2 benda yang belom settle! SPA SPA SPA... bilakah?

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh-next month da kena start.. -ngah kumpulkan alamat kengkawan..sikit masa lagi akan di pos!!
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul-setel!
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan-da gtau da angan2 tue..hihii..nak secantik yg boleh!tak kira!!!!edit la sampai ok.. -ok, sudah pun! seminggu skali aku ingatkan si umair..nak pic yg meletop!
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu-jangan TANYA plssss.semuanya after hari raya... -SUDAH! dimana?rahyie la..hihihi~
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap-belom setel.. -80% da settle..tinggal yang cicir2 ja nak kutip!
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung -up to DJ lah! -tak kisahkan asalkan jangan memeningkan kepala sudah!
#wow!! untuk checklist ini semua settle nampaknya??huh, nampak sangat da tak sabo!hihi.. ok2, next week nak kena pg SPA plsss.... 

dup..dap..dup..dap..i am nebes gila! ;)

2 comments:

gadisBunga™ said...

dah dah. rileks sekarang dan sila pegi spa ok! heheh~

oh my...tak sabar nak tgk betapa cantik adik akak ni jadik pengantin nanti.. :D

aShEMaSt said...

akak!!saya da takot..dulu tk sabar, skng cuak sbb bnyak lom setel lg...