Wednesday, February 23, 2011

humm..buat masa nie aku dok relax2 lag..adeh, nak relax, pi shopping complex a kan??hihi..nak start wat yang mana dulu pun aku kompius..haiyayaya..biasalakan, bila benda tu lambat lagi, malas nak penin2 nak pikir..bila da last2 minit, kaki tangan suma tak cukup..bila ntah nak insaf.. ;)

google punya google, banyak rupanya tips2 untuk bakal pengantin.malas ngan tak malas nak google ja..google2 dapat info ini. jum share sesama pada bakal2 pengantin~

Perancangan yang baik untuk bakal pengantin melayu, pastinya membantu malancarkan perjalanan majlis perkahwinan anda. Semak keperluan penting yand disediakan oleh BakalPengantin.com

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung
daripada banyak2 nie, cuma berapa kerat ja yang dah dibuat..adeh, tension2 gila aku! ok2, jangan stress2.nanti muka berkedut.relax.tarik napas dalam cuci paru2.hahahahah...

*yang penting da dapat sijil kahwin.* eh eh, motif! verangan ok!! sijil pra perkahwinan ler... ;p

3 comments:

ashefast said...

sorry.. no music on the wedding day.. never like it before and never will..

aShEMaSt said...

alaa..lagu pengantin baru jer kot...nnti org ingat kenduri arwah..diam jer.. ;p

working mom... said...

tu (sambil muncung kan mulut)..yg dah strike thru tu dah buat ke or xmasuk dlm list kamu?..perancangan akan memastikan majlis berjalan lancar dan menjimatkan kos...
mula buat survey seawal 12 bulan sblm tarikh akan beri kamu peluang utk pilih perkhidmatan yg memuaskan dgn kadar harga yg lebih murah... :)