Saturday, April 3, 2010

kisah seorang abang,adik dan mak

cerita yang akan aku tulis adalah kena mengena dengan yang masih hidup di dunia,cakap pasal hidup dan mati teringat aku pada Arwah Din Beramboi.Memang kepemergian beliau buat aku terkejut beruk.Jam 6 aku dapat berita dari gee melalui sms.terus tak dapt tido.Ntah, terasa terlalu cepat dan singkat.Semoga rohnya dirahmati.Al fatihah..

back 2 story.cerita nie aku rasa sangat sedey.aku nangis dengar dan dapat bayang kejadian ini..Aku rasa tak sepatutnya kejadian seperti ini jadi.

Semalam, oleh kerana mak aku kurang sihat, maka diarahkan adik lelaki num 2 aku pegi menjemput adik kami yang bongsu dari sekolah.Seperti biasa,jam 1 adalah waktu puncak jalan jem.Biasalah kanak2 pulang sekolah + ibu bapa pulang ke rumah untuk lunch.Dengan menaiki motor, adik lelaki memecut untuk menjemput adik bongsu di sekolah yang lebih kurang 2km jauhnya.Pada mulanya tanak bawak topi keledar, tapi mak bising suro bawak.ok lah.

Dalam perjalanan pulang, dekat2 roundbout aina gtau adik aku yang ada kereta polis kat belakang..adik aku buat bodoh jer la, tp memecut sedikit laju sebab lesen belom P.masih L dan tidak dibenarkan membonceng orang lain. Sesekali adik aku tengok side mirror, polis cuba mendekat.siap pasang lampu kelip2 lagi.wut the heck?wahh abang polis, ko nak cari duit kopi ker??

so bila da sedar polis mengejar, adik aku terus memecut laju nak mati masuk jalan kampung..polis siap buka siren neno neo tue lagi..korang bayangkan, aina yang kurus kemping kat belakang berpakaian sekolah memeluk erat abang dia.bila dengar siren, mak kuar depan rumah.memang hati mak da terdetik.."entah2 anak aku.." memang sah!sumpah laju mak aku cakap.polis durjana tue siap buka siren masuk kampung.memang stupid ok.wahhh banyak lagi mat rempit lain, yang adik aku jugak ko nak kejar.kalu bawak awek ker lain cerita..sah2 bawak adik balik sekolah.memang poyo!memang sial ko polis.Kalu jatuh ke, excident ke budak2 tue sapa nak jawab? memang *&^% la!

nasib kampung sendri, so tau la selok belok nak lari dari polis durjana tue..adik aku tak terus balik umah.tapi terus pecut ikut jalan kecil kuar dari kampung.terus ke jalan tepi sungai dan ke bendang.aku dapat bayangkan perasaan aina time tue.budak tue kecik lagi.apala sangat yang dia tau..mak aku yang kat umah nie da separuh gila pikir adik2.selamat ker?entah macam2 lagi boleh jadi.mak mana suka tengok anak dia dalam kesusahan.ish, korang dapat bayang tak apa yang aku cerita nieh.dasyat kan.adik aku bukannya pencuri, pencopek atau pembunuh yang sampai polis tue nak kejar2 cam cerita gerak khas dalam tv tue! hey polis!guna otak la!

Lepas 15 minit, adik aku sampai umah.tapi dari jalan belakang kampung.turun ja dari motor, aina teresak esak menangis lari peluk mak..."tak mau da naik ngan abang,,,!!!!" berpuluh puluh kali dia ungkap ayat tue..aku paham.mesti dia terkejut dengan kejadian kejar mengejar tue.adik2 aku selamat.polis tak sempat nak kejar.mayb sbb jalan ke sungai terbatas diorang nak kejar.syukur, Allah sentiasa ada untuk menolong..mak??menangis2 sambil peluk aina..ish,aku yang dengar mak cerita pun seram+sedey ngan kejadian tue.kalau la ngah pecut tue apa2 jadi, memang tak tau la nak cakap..

bukan aku nak menegakkan benang yang basah..yer, adik aku ada lesen L.salah kalu bonceng orang lain.tapi tak der ker rasa keperimanusiaan yang dibonceng tue adik yang baru balik sekolah.jahat sangat ker??lain la kalu yang dibonceng tue bohsia atau awek.napala singkat sangat pemikiran polis tue..aku tak paham.yang tau, aku memang maki hamun sebaldi dua kat polis tue..amboi, ko nak tunjuk kuasa pun pikir2 la..jangan nak poyo la!korang memang suka nak tunjuk kuasa +mintak duit kopi.dalam eryi kata lain korang "poww" insan2 lemah nie.bagus ker?gaji da naik pun masih nak cari duit kopi?WTH??!

6 comments:

eza2odette said...

aiyark??? ..doyai, seram sejuk jugak membaca

aShEMaSt said...

aha gee..k asma tak tau nak cerita cm ner..kalu la gee kat depan nieh, memang sungguh2 aku cerita..tragis!

Anonymous said...

salah siapa yg mula2?! itu aje. end of story.. kalu sendiri salah.. mengapa nak letak kan kt atas org lain plak?

working mom... said...

uih...sabo yer..sabo banyk2..syukur xjd ape2..tp tu lah, kadang kita xjangka bende or musibah nak jd depan mata kan?..so, beringat sebelum kene...tp pandangan akak la kan..ni akak la...bukan org lain hikhikhik...next time, kalu polis kejar buat bodo jer...if dia suh berenti pon berenti la...xpadan nak larik2 dr polis sbb saman yg bpr rm tu xpasal2 nyawa melayang...bahaya tu...dah bnyk kejadian mcm tu...ambil iktibar okeyy...luv~

~my 2 cents~ :)

abang said...

manusia selalunya tak pernah cukup .....

aShEMaSt said...

anonymous:herm..emo napa?

working mum:yer la kak..tp jangan la nak sampai cm tu skali.padahal banyak lagi kesalahan yang orang buat tp tak kena pun..kan kak kan?

abang:hmm..btoi3..