Saturday, April 3, 2010

kisah seorang abang,adik dan mak

cerita yang akan aku tulis adalah kena mengena dengan yang masih hidup di dunia,cakap pasal hidup dan mati teringat aku pada Arwah Din Beramboi.Memang kepemergian beliau buat aku terkejut beruk.Jam 6 aku dapat berita dari gee melalui sms.terus tak dapt tido.Ntah, terasa terlalu cepat dan singkat.Semoga rohnya dirahmati.Al fatihah..

back 2 story.cerita nie aku rasa sangat sedey.aku nangis dengar dan dapat bayang kejadian ini..Aku rasa tak sepatutnya kejadian seperti ini jadi.

Semalam, oleh kerana mak aku kurang sihat, maka diarahkan adik lelaki num 2 aku pegi menjemput adik kami yang bongsu dari sekolah.Seperti biasa,jam 1 adalah waktu puncak jalan jem.Biasalah kanak2 pulang sekolah + ibu bapa pulang ke rumah untuk lunch.Dengan menaiki motor, adik lelaki memecut untuk menjemput adik bongsu di sekolah yang lebih kurang 2km jauhnya.Pada mulanya tanak bawak topi keledar, tapi mak bising suro bawak.ok lah.

Dalam perjalanan pulang, dekat2 roundbout aina gtau adik aku yang ada kereta polis kat belakang..adik aku buat bodoh jer la, tp memecut sedikit laju sebab lesen belom P.masih L dan tidak dibenarkan membonceng orang lain. Sesekali adik aku tengok side mirror, polis cuba mendekat.siap pasang lampu kelip2 lagi.wut the heck?wahh abang polis, ko nak cari duit kopi ker??

so bila da sedar polis mengejar, adik aku terus memecut laju nak mati masuk jalan kampung..polis siap buka siren neno neo tue lagi..korang bayangkan, aina yang kurus kemping kat belakang berpakaian sekolah memeluk erat abang dia.bila dengar siren, mak kuar depan rumah.memang hati mak da terdetik.."entah2 anak aku.." memang sah!sumpah laju mak aku cakap.polis durjana tue siap buka siren masuk kampung.memang stupid ok.wahhh banyak lagi mat rempit lain, yang adik aku jugak ko nak kejar.kalu bawak awek ker lain cerita..sah2 bawak adik balik sekolah.memang poyo!memang sial ko polis.Kalu jatuh ke, excident ke budak2 tue sapa nak jawab? memang *&^% la!

nasib kampung sendri, so tau la selok belok nak lari dari polis durjana tue..adik aku tak terus balik umah.tapi terus pecut ikut jalan kecil kuar dari kampung.terus ke jalan tepi sungai dan ke bendang.aku dapat bayangkan perasaan aina time tue.budak tue kecik lagi.apala sangat yang dia tau..mak aku yang kat umah nie da separuh gila pikir adik2.selamat ker?entah macam2 lagi boleh jadi.mak mana suka tengok anak dia dalam kesusahan.ish, korang dapat bayang tak apa yang aku cerita nieh.dasyat kan.adik aku bukannya pencuri, pencopek atau pembunuh yang sampai polis tue nak kejar2 cam cerita gerak khas dalam tv tue! hey polis!guna otak la!

Lepas 15 minit, adik aku sampai umah.tapi dari jalan belakang kampung.turun ja dari motor, aina teresak esak menangis lari peluk mak..."tak mau da naik ngan abang,,,!!!!" berpuluh puluh kali dia ungkap ayat tue..aku paham.mesti dia terkejut dengan kejadian kejar mengejar tue.adik2 aku selamat.polis tak sempat nak kejar.mayb sbb jalan ke sungai terbatas diorang nak kejar.syukur, Allah sentiasa ada untuk menolong..mak??menangis2 sambil peluk aina..ish,aku yang dengar mak cerita pun seram+sedey ngan kejadian tue.kalau la ngah pecut tue apa2 jadi, memang tak tau la nak cakap..

bukan aku nak menegakkan benang yang basah..yer, adik aku ada lesen L.salah kalu bonceng orang lain.tapi tak der ker rasa keperimanusiaan yang dibonceng tue adik yang baru balik sekolah.jahat sangat ker??lain la kalu yang dibonceng tue bohsia atau awek.napala singkat sangat pemikiran polis tue..aku tak paham.yang tau, aku memang maki hamun sebaldi dua kat polis tue..amboi, ko nak tunjuk kuasa pun pikir2 la..jangan nak poyo la!korang memang suka nak tunjuk kuasa +mintak duit kopi.dalam eryi kata lain korang "poww" insan2 lemah nie.bagus ker?gaji da naik pun masih nak cari duit kopi?WTH??!

Monday, March 22, 2010

mati e2 PASTI...

Al Fatihah untuk arwah..semoga dicucuri rahmat ke atasnya...

terkejot dengar berita YANEE Mentor meninggal..innalillah..umur sama ngan aku rasanya.. adeh, terkejut sampai skang rasa tak percaya..aku salu berfikiran yang orang muda lambat lagi nak bertemu ajal..haissshh, ajal tue di mana2..lambat ngan cepat jer cik semah oi.. ahh, setelah di google, nama arwah sebenar, Surianie Julkarim..

bukan ini kali pertama dengar orang2 muda meninggal..da banyak pengalaman sebelum nie..pernah jugak jd pada aku.ish,sedey lak nak story..cerita lama..lebey kurang 7 tahun lepas.tapi masih aku ingat detik2 tue satu persatu..adeh, sebak tetiba melanda..dun cry plsss! T.T

arwah nie senior aku masa diploma dulu..senior 2 sem,kira umur tua setahun dari aku.meninggal saat umurnya 20 tahun.muda lagikan?orangnya baik sangat..softspoken..terkenal dengan panggilan 'palala'..tak sure napa n macam mana ley dapat nama 'palala'..ya, aku memang rapat dengan arwah.arwah banyak tolong aku dari segi design dan aku lak suka cilok nota2 lama dia..kata senior, mestila ada nota kelas lepas2kan..tapi aku slalu komplen tulisan dia mengalahkan 'tahi ayam'..da bukan cakar ayam nie..

ingat lagi, hari2 terakhir aku kat uitm..kira nak cuti sem la..pagi2 arwah da datang amik barang2 aku.yerla takkan nak angkut balik perlis kan?so tumpang la kejap 2 bulan kat umah tok arwah..so balasannya aku kena blanja McDonald's.okeh la.ikutkan saja..so malam after maghrib,pgla McD s3 shah alam..actually macam2 petanda da arwah tunjuk.tp,manala kita perasaan yang benda2 pelik tue petanda tak elok kan??tp bila da takder, baru satu persatu kita teringat petanda2 tuh..

tragisnya arwah meninggal sebab kena langgar lari.jahat sapa yang langgar tue!tiada maaf ok!sampai mati!i hate u!jahat!ee geram sangat..penah tak dengar pepapatah/kata2 orang2 tua.. seseorang akan mati dengan benda yang kita sayang..contohnya arwah memang sayang sangat dengan scooter..last pun ngan scooter..tapi tak sure la sejauh mana kebenaran e2..sampai sekarang aku masih ingat arwah..kebaikkan dia..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al Fatihah..

kat sini aku nak pesan pada diri sendri terutamanya..ingatla MATI e2 bila2 pun akan datang..takot.takot tak sempat membuat/berbakti untuk mak abah..sya nak kawen dulu yang penting..gediks!sama2la kita berdoa agar kita meninggal dalam keadaan yang elok dan diredhai..amin..

Thursday, March 18, 2010

TAG??tag?TAG??

adeh, sian gee.. da lama dia tag aku..tapi masih tak berpeluang nak wat.ampun ya kamu! masa memang slalu mencemburui aku..padahal aku tak penah nak cemburukan masa..heheheh..bungoks~baeklah..sya cuba buat okeh?

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now


2) Tell us why you like the wallpaper

owh..tatau la pasai pa suka ngan wallpaper nieh..tapi inilah keadaan aku setiap hari...serabut! tgk la..muka pun cam semak semacam ja..hihihi..ngam mulot ternganga..ish, anak sapa la nieh erk??

3) Tag 10 people...

ala..gee, manala ada kawan.hihih..nak tag kamu smula ley???sapa nak wat, sila la yer..jdla kawan saya..hihihi..

1) anas
2)cae
3)fulra
4)k fidde
5)wani
6)gee..(tak kira)hihihi~
7)k abbey
8)aan
9)awin
10)silent readers..(ceh perasan aku..ada ker??)
sila2 jangan segan2..jangan malu2..

Tuesday, March 9, 2010

SeMiNggU e2 SinGKaT~

owhh..pejam celik pejam celik da hari selasa..selasa lepas aku pg KL-KAJANG-PUTRAJAYA-DAMANSARA..hari nie da selasa balik.rasanya penat yang minggu lepas pun belom abis lagi nieh..pejam celik pejam celik, da bulan 3.da masuk 4 bulan aku di tempat baru.okey, da ley terima environment baru yang agak berbeda dengan tempat lama..pelan2 aku cuba wat2 okeh..alhamdulillah suma baik2 jer.ramai yang baik2, satu kepala tapi ramai jugak yang tak der sekepala.hikhikhik..biasa lah tue, adat kan.tak suma suka dengan kehadiran kita esp. muka2 baru yang masih muda remaja cam aku nieh..ya, aku dapat rasa la..jangan tipu aku.ada yang tak senang, tak suka malah mengutuk belakang.ahhh!ada aku kesah ker??plss la..jangan mempunyai pikiran "orang baru, muda,takkan kita nak kena ikut cakap dia kot??"....antara kata2 yang tak terkata depan2 aku.tak per lah..biasa la..kalu takdak pelapis2 baru,cam mana nanti?takkan orang2 yang ada sekarang boleh bertahan sampai 50 tahun akan datang kan??lain la kalu mereka DEWA dan DEWI dari kayangan..

bercakap pasal minggu lepas yang begitu singkat, mungkin pada aku jer kot.yer la satu hari setengah jer aku kat opis, selebihnya aku menghadiri seminar kat putrajaya.Seminar Industri Landskap kat IOI Putrajaya.okey la,biasala seminar namanya pun.Sedikit bosan sebab kena dengar celoteh2.tapi sangat berguna untuk industri dan bidang aku.Hadir bersama linda,officemate yang menjadi beshfren aku di opis..boss??tinggal!hehehehe..kami tinggal boss di opis saja..jangan marah yer incek boss.next time kami ajak okeh?

banyak sangat peristiwa yang tak diingini berlaku.haiisshh..kalu nak cerita, sampai petang tak   abis..antaranya:

~pada mulanya nak drive sendri,tetapi TIDAK DIBENARKAN..(ok,kami terima,sebab kami perempuan.)

~Driver yang sepatutnya bawa kami TELAH MERAJUK..so terpaksa tukar driver lain(kami tak kesah 
 sangat..asalkan ada driver..)

~LO hotel kami tak siap2 pada hari kami nak bertolak, TAPI LAST MINUTE SIAP jugak..(kami okey jer..wat2 slumber..)

~dalam perjalanan,KAD MINYAK yang disediakan TELAH DIREJECT..bila kal kewangan..'owh, kami tak settle lagi la bil lama.."(kami?agak benggang..baik simpan jer kad e2 dalam peti sejuk!!"

~sampai KAJANG dalam masa 4jam..OWH DASYAT sekali pemanduan.aku didepan, tutup rapat2 mata,mengucap dan terus tido..tak sanggup nak tengok depan..

~tibanya di HOTEL PRESCOTT..LO kami tak DITERIMA! wtf?owh sampai sini tahap kesabaran da sampai anak tekak..nasib ada cash!dan nasib bilik standard jer..kalu kami stay kat MARRIOT? mahu terbang seribu untuk 3 malam!

~setelah 3 hari di sana..pukul 2 hari jumaat, kami gerak pualang..TETAPI MALANG nya..sampai JURU, kereta opis (XTRAIL) rosak ditengah jalan.owh, aku harapkan sampai KANGAR sebelom terbenam matahari..TAPI...tatau la apa masalah kereta tue.pada mulanya gagah perkasa 4 jam perjalanan KANGAR-KAJANG..bayangkan kanmi berkampung hampir 4 jam di highway..menung towing dari alor setar dan van opis untuk mengangkut kami pulang..kaki melecet,paper bag suma terburai disebabkan kerja2 memindah sana sini..PENAT tahap max..KETIBAS satu badan..selamat tiba di rumah jam 11 lebey..nasib masih ada sabtu dan ahad untuk tidur-tiduran..

~owh, masalah belom selesai di situ..semalam aku wat CLAIM..tapi mentah2 ditolak.atas alasan bil HOTEL atas nama aku sorang.maksudnya, sepatutnya aku HANYA boleh claim satu malam RM100 jer.. WTheck? sah2 bil aku bayar RM450!! bukan aku seleweng duit atau wat resit palsu! abis tue, sia2 jer melayang lagi RM150..abess..takkan nak wat bil sorang satu, RM300 n then nak seprate bil dengan linda?kira okey apa kami siap kongsi bilik bersama..sepatutnya RM600 untuk 3 malam..tapi kos di sini hanya RM450 jer..tak syukur ker kami da less RM150!!!geram..benggang!malas da nak pg lain kali kalu tak bagi advanced,aku tak mo pegi!!

owh..macam2 masalah melanda membuatkan aku letih seminggu..habis riuh sekampung opis peristiwa kereta rosak ini..malu okey..malu sebab suma mentertawakan kami di perhimpunan pagi semalam..hahahah.. FAMOUS sekejap aku!

 aha..sempat jer nak posing..aku ngan linda..

motif disini: kita merancang, TUHAN menentukan segalanya..aku syukur masih selamat di sini..amin!

Monday, March 1, 2010

KeJoTAn???!! oopss,terkezut mak!

apa yang terkojot sangat tueh??hihihi..penuh dengan misteri dan kejutan..takder la sampai serangan jantung..biasa2 jer la..haaa..ini sambungan entri lepas..after kenduri @ Kepong tue..actually hari kenduri tue, 20.2 adalah bufday Mr.H.so aku suka bila menjadi orang pertama wish dia depan2..maksudnya malam kami bertolak dari Perlis tue la..tapi tak menjadi sangat sebab konon2nya aku nak wat romantik2..tapi tetiba lak kami sampai awal di RnR Gurun..adoiyai..aku da plan baik nyer nak jerit kuat2 dalam keta tepat jam 12.skali kami sampai 5 min awal disitu.aku punyalah melenggah2kan masa..konon2nya tak jumpa selipar la..nak cari h/p la..tp tak gak berjaya..Mr.H terus kuar kereta.katanya, tak manis orang tengok berdua di dalam kereta..adus!last2 aku kena marah ngan dia.

"cepat sket la.." uhuk2..aku da tarik muka..
"orang nak wish happy bufday la!!!!!!" sambil mencebik.. ;(
"ala..wish jer la.."nyampah aku!malas!hahahahahah....
"mencik!" ;p

ahh malas da nak wish..tuela sapa suro sampai awal kat gurun.haaa..kan da tak ley nak wish!hihihi alasan! so sepanjang jalan aku asik nyanyi lagu bufday..hahahha ada aku kesah?naik rimas si dia ngan nyanyian syahdu aku..aha, bukan apa aku nie risau dia ngantok.drive malam2 nie..aku telah la..mengantok tak hengat..tapi tahan dulu.tak berani dia drive sengsorang.tapi last2 aku tido gaks!hahahahha..sampai Sg Perak aku tido tak hengat..ya ampun!aku tak sedar bila ntah mata nie terlelap..

actually aku da plan awal2 nak wat seprais untuk Mr.H.tapi samar2 lagi..samada dating berdua atau bersama2 budak umah dulu..aku tanak menyusahkan sesapa sebab kalu wat kat taman desa, mereka lah yang kena prepare everything..sebab tanak kantoi la.so last2 diorang bagi green light.apa lagi, aku on jer..mak on jer nyah!! bajet kul 5, tapi kami abis kendut awal lak.satu lagi masalah.aku punyala ajak jalan2 dulu.konon nak g mid valley la, nak g tesco la..last2 jalan jammed,so tok sah kemana-manalah jawabnya.okey gak..tak abis duit nak shopping..tp 30 minit awal sampai..aku pancing la dia ngan 'petshop' yang bersepah di taman desa..nasib berjaya.hihihi.

masuk jer umah diorang...
jeng2..
s e p r a i i i s s s s s s ~
rupabentuk kek b4 dipotong..hihihi~nice kan??
bufday boy budak mucup~ sian kuar dari sarang lelabah manatah~
waahhh..terus tiup lilin yang banyak tue...aku lak 'like this'hahahahah~
gee..orang kuat sepraiss ini..maseh kamu!!
potonggg..potongg..make a wish okeh..(pssst* mintak cepat2 kawen okeh)
last2, aku gak yang potong..hihihi~
nyumie2..yang blakang tue ngintai erk..

orang kuat a.k.a tonet! bertungkus lumus meniup belon sampai peacah..hikhik..love u kakak|!
gee pun turut menyumbang gas ke dalam belon love e2..

p/s:kepada kawan2 abadi ria apartment, terima kaseh yer sbb sudi menyusahkan diri untuk kami..syayg korang suma..muahhxx!

p/s/s:kepada Mr.H,i'm not sure samada kamu happy ngan sepraiss ini.harap2 suka erk..adiah?nanti k..hikhik..l o v e y o u~

note:pix suma dicilok dari blog gee..thanks darling..

Wednesday, February 24, 2010

semakin pupus~

minggu lepas adalah minggu2 paling busy,tapi dapat cover bila wekend tue aku dengan Mr.H jalan jalan kuar dari tanah perlis..owh, rasa tenang bila melintas pintu gerbang selamat jalan di sempadan perlis kedah..hahahah,gila dasyat perasaan itu!yer la da lama tak gi jejalan jauh2.shopping kat mall lagi la jauh..mencik!! da tak macam dulu, balik kerja ley meronggeng sana sini..tapi okeyla gak, kurang la sket penggunaan duit.ley tabung!(yer la sangat tue!!!)..

Last minute perancangan, skali Mr.H ajak g kenduri 'wong' a.k.a bestfwen time GMi dulu..so aku on jer.hihi jangan diajak..pasti mahu!!yea!!suka suka..so gerak pun da lewat malam jumaat tue.memang bajet sampai pagi2 di shah alam sebab nak g amik baju.gituuuuuuu..siap tempah baju baru lagi.(kebetulan jer tue)..memang seperti dijanjikan, tepat kul 8 aku da terpacak depan umah tukang jahit tue..yeah,bajuku cantik sangat jahitannya..so tak rugi aku pos berpasang2 baju dari perlis semata2 aku sedap pakai baju jahitan k ida nieh.da la murah!memang besh!!!!

berjuta terima kasih pada my best ever fwen, hanem yang awal2 lagi da siapkan nasi lemak untuk breakfast pagi tue.walaupun sarat mengandung, tapi memang sedap nasi lemak tue..ada kena mengena ker?huhuhu..Mr.H siap nak tapau lagi.sungguh tak malu..siap2 agak2 kul12 kami gerak ke kepong dengan tak der map o landmark apa2..ikut hati jer..sebabnya kami tak dapat kad jemputan.not sure samada posmen da rembat atau wong salah address..apa2 jer la..kami redah2 jalan berliku2..yang aku tau umah kenduri nie depan FRIM..so nasib baik sebab banyak signboard tunjuk FRIM..last2 janji la ngan 2 3 orang kawan tunggu di petronas kepong.okey, tak sampai sejam kami da terpacak di situ.nasib dapat port bawah pokok.so tak panas sangat.tunggu punya tunggu, tak gak sampai2 budak nieh..actually bukan budak2, da mak bapa budak da nie,sebab mereka sudah berkahwin.Perut pun masing2 da ada isi..aku??jangan tanya!noktah!

aku sempat terlelap okey tunggu diaorang..haish..nak jalan dulu, tak tau jalan.so terpaksdala tunggu..perut da lapo nasi minyak da nieh..kalu 5 minit lagi tak sampai2 kami mahu gerak dulu..skali nak gerak diaorang pun sampai..cam tau2 jer..hihihi..nak dijadikan cerita, rupanyer umah kenduri tue depan sket ja..hahahahha.hampeh!kalu kami gerak terus td da kenyang da..sampai skarang aku tak percaya yang umah kenduri tue depan sket ja dar petronas tempat kami tunggu..hihihihii~tergelak2 aku dalam keta..

tapi okey la,sampai jer pengantin baru nak bersanding.makanan memang superb!sedap sangat2..mungkin perut da lapo kot..so bila da ramai2 kumpul,kira reunion la jadinyer..meriah..yang tak beshnya (bagi aku la) suma da berbadan 2.seingat aku,dalam geng2 tue aku n sorang lagi classmate MrH yang belom kawen.yang lain suma menunggu due jer.benci TAU!bertalu2 soklan yang aku tanak dengar keluar.tak kurangnya perli2 kami 2 bila nak berlangsung.aku malas jawab NO KOMEN! tsnys Mr.H sendri aku kata..uhuk2..nak juga merasa perut berisi cam diaorang...nak gak..nak gak..uhuk ;( nie la yang aku katakan semakin pupus..geng2 bujang semakin pupus!! Mr.H, jawab2..

tapi aku happy untuk diorang suma..anak2 diorang nanti da jd cm adik2 (adik ker??)..eh, cm anak sendri la..da tua.da tak ley panggil kakak da..kena panggil 'auty' da..sedar diri okeh??hihihi..kena ngan tema kami berdua, pengantin berbaju cantuk warna purple putih..soomel jer dua2 pihak..tak kira, aku da sound doirang suma awal2 lagi.time kami nanti suma wajib datang..jauh ke dekat ker no alasan plsss...!! bila tue tak tahu la lagi..hihih~
inilah pengantin yang dirai..wan a.k.a wong + yumie..nice rite??
inilah baby pertama di kalangan kami..hadeef..pipi dia..tak tahan!!!
haa..sudah beraksi da hadeef..kalu tak monyok jer..ni mama hadeef..jangan tak tau,ada lagi sorang dalam perut tue..yeah~hadeef nak dapat adik baru!!
ini puan salina a.k.a kak bel..ada baby tau dalam perut. husband pun classmate,tapi sakng dok atas kapal..semoga tabah ye kak bel! macam baru jer lagi kami g kenduri kak bel..
haa..inilah sorang lagi yang belom kawen tue,zima..tapi cam da tak lama da nieh agaknya..ala kamu,tunggu la saya plsss plsss plss...
\
ini remy + wife dia..ini lain lak ceritanya..dua2 mengandung!perut sama besar da ngan wife dia..hihihi
seblom pulang, snap dulu..ada yang da balik da time nie..yerla kami kan sampai 'awal'..hihihi~



Friday, February 19, 2010

Berkabung!

hari nie aku all in BLACK! mood sedeyh..mata lak pedih2 tak ley nak celik luas2..muka lak masam mencuka..suma nie sbb kisah semalam..serius aku tak penah rasa sedey (kepada binatang) sampai cam nie. teresak2 aku nangis..kalu dingatkan balik, mmg tak sanggup nak tgk..takder setitik darah yang kuar, tapi aku tak tau napa kucing tue ley mati.mak aku cakap mayb patah dalaman..meraung adik aku! mana taknya kucing tue baru 2 bulan,tido makan,suma ngan dia..aku memang tak ley tahan bila adik aku tue meraung2 suro kucing tue bangkit (bangun)..

"bangkit la...." "bangkit la..."jangan la mati..bangkit la...".aku?uwaaaaaaaaaaaa tersedu sedan dibuatnya...

aku nie penakut kucing.tak suka kucing apalagi nak pegang..comey cam ner pun, aku tgk jer dari jauh.tak teringin langsung nak belai apalagi nak pelok2..ish2..pobia!banyak cerita takot aku ngan kucing..tak payah la aku cita kat cni..nanti terkuar lak ayat2 yang tak patot..kan skang mood ngah sedey..

kejadian tue cam nie..semalam peh maghrib aku,abang (adik bawah aku yang dipanggil abang),n 2 adik perempuan sebok nak main carrom kat meja luar..mak n abah lak sebok siap2 nak pg tahlil..skali ada motor lalu.aku tak perasan sapa,skali mak aku jerit..

"Ya Allah!! kucing kena langgar!!"

"HAAAAAAAA?" serantak aku ngn aik2 jerit sambil cakap mak tipu..tak percaya sbb aku slalu wat cam tue kat adik2 aku (heee)..skali anak kucin tue terkedek2 lari..Ya Allah,sian gila..badan dia menggigil2..mak aku asik cakap urut belakang dia..aku nie, tak kesah da, takot pun da melayang..terus urut2 blakang dia.sah patah tulang, sebab cam da lembik2.perut kucing tue aku tgk da biru..bila aku urut ja, dia cakar2 tangan aku..so aku ingat respon baik la bila dia ley gerak2 lagi.tapi rupa2nya, kucing tue ngah bertarung ngan ajal..sedey gila time nie..ish tak ley nak citer la..tak tergambar perasaan tue!!!! dalam beberapa minit peh tue, anak kucing tue kaku.keras.sejuk.pucat!sah MATI!!!!! apalagi,meraung aku ngan adik2.abang diam ja..apahal!tak sedey ker aku cakap!! (tetiba emo..)

Yang buat aku lagi sedey bila "kenek" a.k.a mak kucing tue datang jilat2 anak dia..aku rasa dia tak sedar tue da jd arwah.."kenek" jilat2 seluruh badan,main2 tapi tak der respon..huh!apala perasaan "kenek" time tue..ish..ish..kalu aku la jd "kenek",da lama aku gi cakar+gigit2 orang yang langgar tue!

kami biar 'kenek' menghabiskan masa2 yang ada ngan anak dia..mak cakap tak payah tanam (kebumi) lagi..kang nanti malam 'kenek' bising cari2 anak.Pagi2 tadi ngah aku siap2 nak g keja, aku degar abah ngah cangkul tanah kat bawah..hmmmm,da nak tanam la tue..mak aku siap kejut adik2 bangun tengok.kang nanti cakap tak sempat tengok lak..skali lagi adik aku tue nanges.haiya! aku lak tanak terlibat, sebab tak sanggup nak nanges lagi.................................................... ;(


 saat2 "kenek" merasa anak dia da tak bernyawa..ish! tak sanggup nak tengok.nak jer aku 'cool' kan 'kenek' time nieh..sabar erk..
bila anak da tak membri respon, mula la dia menempek tepi tue..aku dapat rasakan apa yang "kenek" rasa..ish!tak suka la...
sedey kan??tak sanggup nak tengok kan??time nie akuda tak tahan da.meraung sekuat yang bley.. sumpah sedey!bayangkan la.."kenek" jilat2 anak dia seluruh badan..seolah cam mandi mayat!